ASSALAMUALAIKUM W.B.T
SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU BAGI SESI 2025 TELAH DIBUKA.
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU BAGI SESI 2025 TELAH DIBUKA.
BACAAN MATHURAT DIJALANKAN SETIAP HARI PADA WAKTU PERHIMPUNAN. MURID DIMINTA BERKUMPUL PADA PUKUL 7:15 PAGI.
PROGRAM HARI RAYA TELAH DIJALANKAN PADA:
TARIKH: 20 MEI 2022
MASA: 8:00 A.M. HINGGA 12:00 P.M.
TEMPAT: SRIDAR
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA DISAMBUT DENGAN KEHADIRAN MURID-MURID YANG BERPAKAIAN RAYA SERBA SEGAK DAN BERWARNA-WARNI. MAJLIS DISERIKAN DENGAN UCAPAN PENUH HARAPAN DARIPADA GURU BESAR. SELEPAS JAMUAN MAKAN, PERLAWANAN SUKANEKA ANJURAN PK DAN STAF DIANTARA GURU DAN MURID DIADAKAN. INI MENJADIKAN SUASANA MAJLIS LEBIH MERIAH.
PROGRAM INI TELAH DIADAKAN PADA:
TARIKH: 3 JUN 2022 (JUMAAT)
MASA: 7:00 A.M. - 11:30 A.M.
TEMPAT: MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR
SEMUA MURID TELAH MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM MERENTAS DESA. MURID TAHAP 1 SEJAUH 1KM MANAKALA TAHAP 2 SEJAUH 3 KM DAN SARINGAN BAGI MENENTUKAN PEMENANG PULA SEJAUH 1KM.
PROGRAM INI DIMULAKAN DENGAN ZIKIR RIADAH, UCAPAN PERASMIAN DARIPADA GURU BESAR, BACAAN MATHURAT, ZIKIR RIADAH DAN DIAKHIRI DENGAN CABUTAN BERTUAH, PENYAMPAIAN HADIAH DAN PERSEMBAHAN DARI PENGAWAS SEKOLAH.
SEKIAN
24 FEBRUARI 2020 | ISNIN
إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ
SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG MEMBENARKAN (ALLAH DAN RASUL-NYA) BAIK LAKI-LAKI MAUPUN PEREMPUAN DAN MEMINJAMKAN KEPADA ALLAH PINJAMAN YANG BAIK,
NISCAYA AKAN DILIPATGANDAKAN (PEMBAYARANNYA) KEPADA MEREKA; DAN BAGI MEREKA PAHALA YANG BANYAK. [QS. AL HADID: 18]
SYUKRAN JAZILAN DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PENYUMBANG YANG SUDI MENGINFAKKAN HARTA BAGI MENCAPAI HASRAT MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR UNTUK MEMBELI SEBUAH VAN BAGI MEMUDAHKAN PENGANGKUTAN PELAJAR MAAHAD.
JAZAKUMUALLAHU KHAIRAN KATHIRA
[2 FEBRUARI 2020 | AHAD]
TAKLIMAT SERTA PROGRAM SILATURRAHIM MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR BERSAMA IBUBAPA/PENJAGA PELAJAR
PROGAM BERMULA PADA JAM 9.00 PAGI DENGAN KEHADIRAN IBUBAPA PELAJAR MEMENUHI RUANGAN DEWAN SOLAT MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR.
KIRA-KIRA PADA JAM 9.45 PAGI MAJLIS DISERIKAN LAGI DENGAN ALUNAN BACAAN AYAT SUCI AL-QURAN YANG DIBACAKAN OLEH ADIK MUHAMMAD IRFAN HAKIMI, PELAJAR TAHUN 3.
SETERUSNYA, MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN UCAPAN MUDIRUL AM MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR, AL-FADHIL USTAZ IBRAHIM BIN ZAKARIA MEMBINCANGKAN HAL-HAL BERKAITAN KELEBIHAN
MENGHAFAZ AL-QURAN SERTA PEMANGKIN SEMANGAT KEPADA ANAK-ANAK ABRAR BAHKAN JUGA KEPADA IBUBAPA AGAR TERUS ISTIQAMAH DALAM MENGHANTAR ANAK-ANAK UNTUK MEMPERLAJARI ILMU
AL-QURAN AL-KARIM.
DARI ABU UMAMAH AL-BAHILI RADHIYALLAHU ‘ANHU, NABI SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM BERSABDA,
اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ
RAJINLAH MEMBACA AL-QURAN, KARENA DIA AKAN MENJADI SYAFAAT BAGI PENGHAFALNYA DI HARI KIAMAT. (HR. MUSLIM 1910)
DARI BURAIDAH RADHIYALLAHU ‘ANHU, NABI SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM BERSABDA,
من قرأ القرآن وتعلَّم وعمل به أُلبس والداه يوم القيامة تاجاً من نور ضوؤه مثل ضوء الشمس ، ويكسى والداه حلتين لا تقوم لهما الدنيا فيقولان : بم كسينا هذا ؟ فيقال : بأخذ ولدكما القرآن
SIAPA YANG MENGHAFAL AL-QURAN, MENGKAJINYA DAN MENGAMALKANNYA, MAKA ALLAH AKAN MEMBERIKAN MAHKOTA BAGI KEDUA ORANG TUANYA DARI CAHAYA YANG TERANGNYA SEPERTI MATAHARI. DAN KEDUA ORANG TUANYA AKAN DIBERI DUA PAKAIAN YANG TIDAK BISA DINILAI DENGAN DUNIA. KEMUDIAN KEDUA ORANG TUANYA BERTANYA, “MENGAPA SAYA SAMPAI DIBERI PAKAIAN SEMACAM INI?” LALU DISAMPAIKAN KEPADANYA, “DISEBABKAN ANAKMU TELAH MENGAMALKAN AL-QURAN.” (HR. HAKIM 1/756 DAN DIHASANKAN AL-ABANI)
MAJLIS DITERUKAN LAGI DENGAN TAKLIMAT HEP, YANG DISAMPAIKAN OLEH AL FADHIL USTAZ MOHD FARID BIN SAFAR (PENOLONG KANAN AKADEMIK DAN HAL EHWAL PELAJAR), MENERANGKAN BERKAITAN PERATURAN-PERATURAN, JADUAL PENGAJIAN SEPANJANG BELAJAR DI MAAHAD, KITAB-KITAB AZHARI DAN UMUMI, SERTA KELUAR MASUK PELAJAR. PERTANYAAN DARIPADA IBUBAPA JUGA DIBUKA UNTUK SEBARANG SOALAN JIKA ADA UNTUK DITUJUKAN.
AKHIR SEKALI, MAJLIS DIAKHIRI DENGAN TASBIH KAFFARAH DAN SURAH AL-ASR. SEMUA BERSURAI DAN PELAJAR DIBENARKAN OUTING.
29 JANUARI 2020 | RABU
ALHAMDULILLAH, SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SAUDARI SUMAIYYAH HAFIZOH BINTI ABU BAKAR
DIATAS KEJAYAAN MENJADI PELAJAR TERBAIK I'DADI 2019 SELURUH NEGERI PERAK.
TAHNIAH DAN SYABAS JUGA BUAT SEMUA GURU-GURU YANG TELAH BERUSAHA TANPA PENAT DAN LELAH
DALAM USAHA MENDIDIK PARA PELAJAR SEHINGGA MEMBUAHKAN KEJAYAAN.
ALHAMDULILLAH, TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA CALON PEPERIKSAAN I'DADI 2019 KERANA TELAH BERJAYA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DIDALAM PEPERIKSAAN.
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN I'DADI:
1) MUMTAZ SOFI : 6 ORANG
2) MUMTAZ : 13 ORANG
3) JAIYYID JIDDAN : 11 ORANG
4) JAIYYID : 2 ORANG
GPS : 1.05
ANUGERAH KHAS:
PELAJAR TERBAIK I'DADI SELURUH NEGERI PERAK
TERIMA KASIH.
[KEM TAHSIN AL-QURAN & MOTIVASI ANAK SOLEH 2019]
TEMPAT :
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR, TAMAN SERI GEMILANG, KDSK, SERI MANJUNG, PERAK
TARIKH :
1 DIS - 5 DIS 2019
UMUR :
8 - 14 TAHUN
ANTARA AKTIVITI :
1) MOTIVASI
2) TAHSIN AL-QURAN
3) HAFAZAN
4) MEMANAH
5) KURSUS JENAZAH
6) DLL
YURAN :
A) INDIVIDU
✅ 1 - 2 ORANG : RM200
B) BERKUMPULAN
✅ 3 - 4 ORANG : RM180
✅ 5 ORANG : RM165
SISTEM: BERSEDIA BERULANG ALIK "SEPERTI SISTEM SEKOLAH HARIAN"
⏰ BERMULA PADA JAM 7.00 PG SEHINGGA 6.15 PTG
‼️DAFTAR SEGERA‼️
(HANTARKAN):
✅ NAMA PENUH ANAK:
✅ UMUR:
JIKA SECARA BERKUMPULAN SILA MAKLUMKAN SECARA BERKUMPULAN DGN SERTAKAN:
✅ NAMA² ANAK TERSEBUT:
✅ UMUR:
✅ NO TEL IBUBAPANYA:
UNTUK MUDAH PIHAK KAMI HUBUNGI.
KE NO WHATSAPP:
USTAZ USAMAH
WWW.WASAP.MY/60108153860
USTAZAH SUWAIBAH
WWW.WASAP.MY/601111213991
30JULAI 2019 | SELASA
SESI 1 - PROGRAM CERAMAH MOTIVASI " PERSEDIAAN MENGHAFAL AL-QURAN "DAN PERSEMBAHAN SANTAI YANG DISAMPAIKAN OLEH USTAZ MOHD HURI BIN ALIAS. BERTEMPAT DI DEWAN SOLAT UTAMA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR.
SESI 2 - TAKLIMAT DAN PENERANGAN " TEKNIK MEMANAH DAN LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN KETIKA MEMANAH " YANG DISAMPAIKAN OLEH GURU KELAB MEMANAH SRI DAR AL-ABRAR.
SESI 3 - TAYANGAN VIDEO " PERJUANGAN PARA SAHABAT " YANG DIKENDALIKAN OLEH USTAZ AMARUDDIN.
ALHAMDULILLAH SEGALA-GALANYA BERJALAN DENGAN LANCAR DAN SEMPURNA. SEMOGA ANAK-ANAK SOLEH DAN SOLEHAH MAAHAD TAHFIZ AL-QURA DAR AL-ABRAR TERUS BERJAYA DUNIAWI DAN UKHRAWI.
AMINN..
PROGRAM KARNIVAL TAUTAN MAHABBAH 2.0 YANG DIANJURKAN OLEH UNIT KOKURIKULUM DAN HAL EHWAL PELAJAR MAAHAD AL-QURAN DAR AL-ABRAR INI MERUPAKAN SATU PROGRAM ILMIAH YANG DILAKSANAKAN DI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR. SERAMAI 77 ORANG PELAJAR DAN 10 ORANG GURU TERLIBAT MENJAYAKAN PROGRAM KARNIVALTAUTAN MAHABBAH 2.0 INI,
PROGRAM INI JUGA DIHARAPKAN DAPAT MERAPATKAN LAGI HUBUNGAN SILATURRAHIM ANTARA GURU-GURU DAN PARA PELAJAR DI SAMPING DAPAT MELAHIRKAN MODAL INSAN DIKALANGAN PELAJAR YANG KREATIF DAN INOVATIF.
PROGRAM INI DIADAKAN PADA 29 JUN 2019 SEAWAL JAM7.30 PAGI BERMULA DENGAN TALIMAT PROGRAM OLEH USTAZ MOHD NOOR BIN ABD HAMID SELAKU PENGARAH KARNIVAL TAUTAN MAHABBAH 2.0 SELEPAS ITU DIIKUTI DENGAN TALIMAT PERTANDINGAN HAFAZAN OLEH USTAZAH NURUL SYUHADA HANANI BINTI JUNUS SELAKU KETUA HAKIM PERTANDINGAN HAFAZAN BAGI KALI INI DAN PROGRAM KARNIVALTAUTAN MAHABBAH 2.0 DIRASMIKAN OLEH USTAZ BAHARUDDIN BIN ABDUL LATIF SELAKU PENASIHAT PROGRAM TERSEBUT.
SETERUSNYA, PROGRAM INI DITERUSKAN LAGI DENGAN PERTANDINGAN HAFAZAN AL-QURAN PADA JAM8.00 PAGI DAN SEBANYAK 17 ORANG PELAJAR MENGAMBIL BAHAGIAN DIDALAM PERTANDINGAN TERSEBUT DALAM 5 KETOGARI. PERTANDINGAN SELAMA 3 JAM45 MINIT TERSEBUT BERAKHIR PADA JAM11.45 TENGAH HARI DAN PROGRAM SETERUSNYA BERSAMBUNG SEMULA PADA JAM3.00 PETANG.
PADA SEBELAH PETANG PULA DITERUSKAN DENGAN PROGRAM AMALI SEMBELIHAN PARA PELAJAR DIBAHAGIKAN KEPADA 10 KUMPULAN DAN DIBERIKAN SEEKOR AYAM BAGI SETIAP KUMPULAN SERTA DIBIMBING OLEH USTAZ ABDULLAH BIN ABD HAMID BAGI MENJELASKAN CARA-CARA YANG BETUL DALAM MELAKUKAN SEMBELIHAN TERSEBUT.
PADA JAM 8.00MALAM PROGRAM DITERUSKAN DENGAN PROGRAM MALAM AIDILFITRI BERMULA DENGAN UCAPAN USTAZ MUHAMAD ZULKIFLI BIN MOHAMAD ZAKARIA SELAKU PENGETUA DAN UCAPAN USTAZ MOHD FUZI BIN ZAKARIA SELAKU PENASIHAT MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL- ABARAR SERTA DIIKUTI DENGAN ALUANAN NASYID DAN PROGRAM TERSEBUT BERAKHIR PADA JAM11.00 BERSERTA HIDANGAN JAMUAN AIDILFITI.
PADA 30 JUN 2019 PROGRAM DI TERUSKAN LAGI DENGAN AKTIVITI PERTANDINGAN CHEF CILIK AL-HAFIZ BERMULA PADA JAM 8.30 PAGI DENGAN TAKLIMAT PERTANDINGAN DISEMPAIKAN OLEH USTAZAH BASHARIAH BINTI BASARUDDIN DAN PERTANDINGAN TERSEBUT BERMULA PADA JAM9.00 PAGI SERTA BERAKHIR PADA JAM 11.45 TENGAH HARI SETELAH JURI-JURI MENGAMBIL PERMARKAHAN PERTANDINGAN TERSEBUT DAN PROGRAM SETERUSNYA BERSAMBUNG PADA JAM3.30 PETANG.
PADA SEBELAH PETANG SEKITAR JAM3.30 PETANG PROGRAM DITERUSKAN DENGAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN PENUTUP PROGRAM TAUTAN MAHABBAH 2.0, PROGRAM BERMULA DENGAN UCAPAN PENGARAH PROGRAM DAN UCAPAN PENASIHAT PROGRAM SERTA PENGUMUMAN PEMENANG PERTANDINGAN HAFAZAN DAN CHEF CILIK AL-HAFIZ 2019, PROGRAM INI BERAKHIR DENGAN MAJLIS PENYAMPIAN HADIAH .
SEKIAN.
"PROGRAM IHYA' RAMADHAN"
⚫PROGRAM INI DIADAKAN UNTUK MEMERIAHKAN LAGI SAMBUTAN BULAN RAMDHAN YANG MULIA INI DENGAN MAMBACA AL-QURAN, ZIKIR, TAHLIL, BERBUKA PUASA DAN BERSAHUR SECARA BERAMAI-RAMAI SESUAI DENGAN TUNTUTAN RASULULLAH SAW DI BULAN YANG PENUH DENGAN KEBERKATAN INI.
⚫PIHAK MAHAAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR BERHARAP AGAR PROGRAM KEBAJIKAN INI MENDAPAT SOKONGAN PADU DARI DATO', DATIN, TUAN, PUAN MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.
SABDA BAGINDA RASULULLAH SAW:
"APABILA MATI SESEORANG ANAK ADAM TERPUTUSLAH SEGALA AMALANNYA MELAINKAN TIGA PERKARA: SEDEKAH JARIAH, ILMU YANG MEMEBERI MANFAAT, ANAK SOLEH YANG SENTIASA MENDOAKANNYA".
⚫DAR AL-ABRAR JUGA MENGALU-ALUKAN SEBARANG BENTUK SUMBANGAN UNTUK MAJLIS BERBUKA PUASA, SAHUR & KEBAJIKAN.
👉 SUMBANGAN BOLEH DI SALURKAN KE NOMBOR AKAUN DIBAWAH:
✅PENAMA AKAUN: MAHAAD TAHFIZ AL-QURAN DAR ABRAR
✅NO AKAUN BANK MUAMALAT: 0803-0002138-71-4
✅NO AKAUN CIMB BANK: 86-0121876-8
📞SEBARANG PERTANYAAN BOLEH WHATAPPS @ HUBUNGI NOMBOR DI BAWAH:
➡PENGERUSI: USTAZ MOHD FUZI: 019-559 6050
➡PENGETUA: USTAZ IBRAHIM: 019-262 7636
➡BAHAGIAN PENGURUSAN:
1) USTAZ BAHA: 019-420 8990
2) USTAZ ABDULLAH: 017-734 4818
ASSALAMUALAIKUM WBT. SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR DENGAN SAHNYA TELAH DILANTIK OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK (MAIPK) SEBAGAI AMIL INSTITUSI. KELEBIHAN MEMBAYAR ZAKAT MELALUI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR.
SETELAH TUAN PUAN MEMBAYAR ZAKAT MELALUI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR, WANG BERKENAAN AKAN DISERAHKAN KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK ( PROMOSI MAIPK IBU PEJABAT ). KEMUDIAN MAIPK AKAN KEMBALIKAN SEBANYAK 50% DARI KUTIPAN ATAU 4 ASNAF KEPADA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR.
SECARA TAK LANGSUNG, TUAN PUAN YANG MEMBAYAR ZAKAT YANG WAJIB BAGI TUAN PUAN TELAH MEMBANTU MAAHAD TAHFIZ MENGURUSKAN OPERASINYA DENGAN LEBIH BAIK.
JUSTERU ITU, BAGI RAKAN-RAKAN DAN SAHABAT-SAHABAT YANG MENGETAHUI SESIAPA SAHAJA YANG INGIN MEMBAYAR ZAKAT (HARTA), BOLEHLAH MENGHUBUNGI PENAMA-PENAMA BERIKUT:
1. USTAZ BAHARUDDIN BIN ABDUL LATIF 0194208990.
2. USTAZ MUHAMAD ZULKIFLI BIN MOHAMAD ZAKARIA (USTAZ IBRAHIM) 0192627636
3. USTAZ MOHD FUZI BIN ZAKARIA 019-5596050 / 018-7676005
NO AKAUN PENTADBIRAN (ZAKAT & DERMA):
BANK MUAMALAT
08030002138714
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR
**RESIT YANG DIKELUARKAN LAYAK MENDAPAT PELEPASAN CUKAI.
SILA SEBARKAN.
----------------------------------------------------------------
[SUMBANGAN INFAK VAN]
PIHAK KAMI MEMOHON SUMBANGAN INFAK UNTUK MEMBELI VAN UNTUK KEGUNAAN MEMBAWA PELAJAR SOLAT JUMAAT DAN PROGRAM KEMASYARAKATAN DI SEKITAR MANJUNG AMNYA.
JUSTERU ITU KAMI MENYERU TUAN/PUAN AGAR DAPAT MENYUMBANG KEPADA PIHAK KAMI BAGI MEREALISASIKAN HASRAT KAMI.
NO AKAUN INFAK VAN:
BANK MUAMALAT
08030002438717
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR
SERI MANJUNG: MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR DI TAMAN SERI GEMILANG, SERI MANJUNG BERHASRAT MELAHIRKAN GENERASI HUFAZ YANG BERKUALITI, BERILMU, BERAMAL SERTA BERTAKWA KEPADA ALLAH SWT DAN MENJADI PEWARIS NABI MUHAMMAD SAW DALAM MENYEBARKAN AGAMA ALLAH DI ATAS MUKA BUMI. MAAHAD YANG DITUBUHKAN PADA 10 MEI 2007 DAN TELAH DIDAFTARKAN DENGAN JABATAN AGAMA ISLAM PERAK DENGAN NO PENDAFTARAN JAIPK/LP/MG.72/09 ITU JUGA BERTUJUAN MELAHIRKAN GENERASI HUFAZ YANG DAPAT MEMBIMBING DIRI SENDIRI, KELUARGA DAN UMMAH DENGAN PANDUAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH.
USTAZ IBRAHIM ZAKARIAMENURUT PENGETUA MAAHAD, USTAZ IBRAHIM ZAKARIA PELAJAR LELAKI PADA TAHUN INI SERAMAI 36 ORANG, BEGITU JUGA JUMLAH PELAJAR PEREMPUAN.
KATANYA, JUMLAH PELAJAR SEJAK DITUBUHKAN HINGGA SEKARANG SERAMAI 340 ORANG KERANA PENGAMBILAN PELAJAR ADALAH TERHAD.
“PADA PERINGKAT AWAL PIHAK KAMI HANYA MAMPU BOLEH MENEMPATKAN 30 ORANG PELAJAR SAHAJA IAITU 15 LELAKI DAN 15 PEREMPUAN KERANA BANGUNAN LAMA ADALAH SEWA.
“KINI DI BANGUNAN BARU PIHAK KAMI BOLEH MENEMPATKAN SERAMAI 80 ORANG (40 LELAKI DAN 40 PEREMPUAN) NAMUN UNTUK KEMASUKAN BARU BERGANTUNG KEPADA KEKOSONGAN, KEMASUKAN PELAJAR UMUR 12 DAN 13 TAHUN SAHAJA,” JELASNYA.
TAMBAHNYA, PENGAMBILAN PELAJAR PADA SESI JANUARI SAHAJA DAN PERMOHONAN DIBUKA PADA SEPTEMBER DENGAN YURAN KEMASUKAN RM700 TERMASUK PENDAFTARAN, ASRAMA, KITAB DAN YURAN BULAN PERTAMA SEMENTARA YURAN BULANAN ADALAH RM300.
“TEMPOH PENGAJIAN DI SINI SELAMA TIGA TAHUN SAHAJA DARI TINGKATAN 1 HINGGA 3 SAHAJA,” UJARNYA.
JELASNYA LAGI, MATA PELAJARAN YANG DIAJAR MELIPUTI AQIDAH, FEKAH, ADAB, HADIS, TAFSIR, SIRAH, BAHASA ARAB, NAHU, SOROF, MUTHOLA’AH, TAJWID.
MENURUT BELIAU, MAAHAD MENYEDIAKAN PELUANG KEPADA PARA PELAJAR YANG INGIN MENYAMBUNG PELAJARAN IAITU LALUAN BERSIJIL THANAWI, SPM DAN STAM.
PARA JUGA, KATANYA BERPELUANG MENYAMBUNG PELAJARAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA SWASTA ATAU SEKOLAH TAHFIZ SWASTA SEPERTI MAAHAD TAHFIZ WAL-QIRAAT ADDIN.
“PELAJAR-PELAJAR YANG TIDAK BERMINAT PENGAJIAN SECARA BERSIJIL, MEREKA JUGA BERPELUANG MENYAMBUNG PELAJARAN SECARA TALAQQI BERSANAD DI MAAHAD DAKWAH DAR AL-ABRAR, PONDOK-PONDOK DAN MAAHAD HADIS SAMA ADA DALAM NEGARA ATAU LUAR NEGARA,” UJARNYA.
MENGENAI KAWASAN MAAHAD KATANYA, IA DIBINA DI KAWASAN SELUAS 2½ EKAR YANG MERUPAKAN TANAH WAKAF MILIK MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERAK (MAIPK) YANG TELAH DIBERI KHAS KEPADA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR UNTUK MEMBANGUNKANNYA.
KATANYA, KOS KESELURUHAN PEMBINAAN FASA PERTAMA BANGUNAN TIGA TINGKAT YANG TELAH SIAP ADALAH RM1.5 JUTA MERANGKUMI PEJABAT, DEWAN SERBAGUNA (KELAS DAN SURAU), ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN, KANTIN DAN DEWAN MAKAN, HOSE REEL SYSTEM, RUMAH PAM DAN TANDAS AWAM.
“SEHINGGA SETAKAT INI PIHAK KAMI BELUM MENDAPAT SIJIL LAYAK MENDUDUKI BANGUNAN TERSEBUT KERANA KEGAGALAN MENYEDIAKAN PEMASANGAN GWS SA 100 TERSEBUT SEPERTIMANA YANG DISYARATKAN OLEH PIHAK INDAH WATER ATAS SEBAB KEKANGAN KEWANGAN.
“UNTUK TUJUAN ITU, ANGGARAN KOS IALAH RM147,350,” JELASNYA.
BELIAU JUGA MEMAKLUMKAN PERANCANGAN PEMBINAAN BANGUNAN UNTUK FASA KEDUA ADALAH PEMBINAAN MASJID JAMEK DAR AL-ABRAR UNTUK KEMUDAHAN PELAJAR DAN AHLI KARIAH MENDIRIKAN SOLAT JUMAAT SERTA MENJADI PUSAT BIMBINGAN AHLI KARIAH DENGAN ANGGARAN KOS PEMBINAAN SEBANYAK RM1.2 JUTA.
KATANYA LAGI, YURAN BULANAN RM300 HANYA MAMPU UNTUK MENAMPUNG KEPERLUAN MAKAN PELAJAR-PELAJAR, ELEKTRIK DAN AIR SAHAJA.
“JADI PIHAK KAMI MASIH LAGI MEMERLUKAN SUMBANGAN, DANA ATAU TAJAAN BAGI MEMBIAYAI ELAUN GURU-GURU MEMANDANGKAN PELAJAR-PELAJAR DI SINI ADA DALAM KALANGAN ANAK YATIM, MISKIN DAN SEBAGAINYA,” UJARNYA.
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH MENGHUBUNGI USTAZ IBRAHIM DI TALIAN 019-2627636, PEMBANGUNAN MASJID USTAZ ABDULLAH ABDUL HAMID (019-734 4818), PENTADBIRAN USTAZ BAHARUDDIN ABDUL LATIF (019-420 8990).
SUMBANGAN UNTUK PEMBINAAN MASJID BOLEH DISALURKAN KE AKAUN BANK MAYBANK ISLAMIC BERNOMBOR 558293619696 ATAS NAMA MASJID JAMEK DAR AL-ABRAR MANAKALA UNTUK MAAHAD MELALUI AKAUN BANK MUAMALAT 0803-0002138-71-4 ATAS NAMA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR. - HARAKAHDAILY 12/8/2018
2. BILIK ASRAMASUASANA BILIK ASRAMA PELAJAR YANG SELESA.
3. KELAS PELAJAR
PARA PELAJAR MENGIKUTI KELAS PENGAJIAN.
4. AKTIVITIANTARA AKTIVITI PELAJAR PEREMPUAN.
5. PERHIMPUNAN PELAJARPERHIMPUNAN PELAJAR.
6. JEMPUTAN KEPADA PELAJARPELAJAR MAAHAD JUGA MENGHADIRI JEMPUTAN LUAR.
بسم الله الرحمن الرحيم
ASSALAMUALAIKUM WBT. WAKAF ADALAH SATU IBADAH UTK MENDEKATKAN DIRI KPD ALLAH SWT..IANYA JUGA AMALAN IBADAH YG BERBENTUK SEDEKAH JARIAH..YG MENJANJIKAN GANJARAN PAHALA BERKEKALAN DAN TRUS MENGALIR KEPADA PEWAKAF BUAT SELAMA-LAMANYA DAN SANGAT DITUNTUT DALAM AGAMA ISLAM IA MERUPAKAN SUATU AMAL SOLEH YG MANA PAHALANYA AKN DIBERIKAN SECARA BERTERUSAN OLEH ALLAH SWT KEPADA PEWAKAF SELAGI MANA HARTA YG DIWAKAFKAN ITU KEKAL DAN DIMANFAATKAN OLEH ORANG RAMAI
FIRMAN ALLAH SWT :
﴿ مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّاْئَةٍُ حَبَّةٍ۬‌ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ ﴾
سورة البقرة : ۲٦١
MAKSUDNYA :
“ BANDINGAN ( PAHALA ) ORANG-ORANG YANG MEMBELANJAKAN HARTA MEREKA PADA JALAN ALLAH SEUMPAMA SEBIJI BENIH YANG TUMBUH MENERBITKAN TUJUH TANGKAI DAN TIAP-TIAP TANGKAI ITU PULA TERDAPAT SERATUS BIJI. DAN INGATLAH ALLAH AKAN MELIPATGANDAKAN PAHALA BAGI SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA DAN ALLAH MAHA LUAS ( KURNIANYA ) LAGI MAHA MENGETAHUI”.
( SURAH AL-BAQARAH AYAT 261 )
SABDA RASULULLAH SAW :
عَنْ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ : ‏ ‏إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ. ‏
﴿ رواه مسلم ﴾
MAKSUDNYA :-
“ APABILA MATINYA SESEORANG ANAK ADAM ITU MAKA TERPUTUSLAH AMALANNYA KECUALI TIGA PERKARA IAITU SEDEKAH JARIAH , ILMU YANG DIMANFAATKANNYA DAN ANAK YANG SOLEH YANG SENTIASA MENDOAKAN KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
( HADIS RIWAYAT MUSLIM )
Page 1 of 1